Connect with us

MAJLIS PEMAKAIAN TANDA PANGKAT KETUA PENGARAH JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

9.1.2024: YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Tanda Pangkat Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang ke-9 pada petang ini bertempat di Bangunan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Putrajaya.

Majlis yang diadakan di Bilik Aranda aras 18, Bangunan KPKT itu dimulakan dengan Pemakaian Tanda Pangkat Ketua Pengarah, JBPM kepada YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad oleh YB Menteri KPKT serta diikuti oleh penyerahan Surat Pelantikan dan Tongkat Kuasa.

Sebagai tanda kesyukuran atas sempurnanya majlis tersebut, Al-Fadhil PgB Luqman bin Ramli, Pegawai Unit Hal Ehwal Agama dan Kebajikan, Bahagian Pengurusan Korporat, JBPM telah dijemput bagi memimpin bacaan doa dan diakhiri dengan melengkapkan sesi bergambar bagi dif-dif Kehormat.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu, Timbalan Menteri KPKT, YBhg. Datuk Wira M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha (KSU) KPKT, Pengurusan Tertinggi KPKT, YAS Dato’ Ir. Ts. Ahmad Izram bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM, Pengarah-pengarah Bahagian dan Negeri JBPM serta pegawai-pegawai kanan JBPM dan KPKT.

#TahniahKPBomba

#KetuaPengarahBomba

#KPBombaKe9

#KPJBPM

#WiraMerah

#BombaMalaysia

#StrongerTogether

#MalaysiaMadani

KPKT Malaysia

Nga Kor Ming 倪可敏

Aiman Athirah Sabu

Continue Reading

Tayangan Menarik

Terima kasih kerana melayari WebTV Bomba Channel. Kami menyediakan info dan maklumat yang sahih kepada anda. Jika ada sebarang kemusykilan anda boleh berhubung dengan webmaster@bombachannel.com Copyright © 2021 by Bomba Channel Team

Statistik Jangkita Virus Corona Hari Ini

Sila patuhi SOP dan Dapatkan jangan lupa daftarkan diri anda untuk mendapatkan vaksin.