Connect with us

Operasi banjir di Pahang.

Kredit video : JBPM PAHANG

WANITA SARAT MENGANDUNG BERJAYA DIBAWA KELUAR DARI KAWASAN BANJIR

08 Januari 2023 | 07:20:01

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Pahang telah menerima panggilan dari pihak KKM bagi bantuan membawa keluar seorang wanita sarat mengandung dan hampir bersalin yang terperangkap akibat banjir di Kampung Kaya, Ladang Merchong pagi ini.

Sejurus itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba Muadzam Shah diarahkan untuk menjalankan operasi mengeluarkan pesakit bersama kakitangan KKM.

Pegawai Operasi PBK II Muhammad Nuruddin bin Mohd Yunus melaporkan operasi tersebut dilaksanakan menggunakan bot fiber sebelum pesakit tersebut diserahkan kepada pihak Klinik Desa Kg. Sawah untuk dihantar ke Hospital Muadzam Shah.

#bombapahang#WiraMerah#Seeratserasasehatisejiwa#teamwork

Continue Reading

Tayangan Menarik

Terima kasih kerana melayari WebTV Bomba Channel. Kami menyediakan info dan maklumat yang sahih kepada anda. Jika ada sebarang kemusykilan anda boleh berhubung dengan webmaster@bombachannel.com Copyright © 2021 by Bomba Channel Team

Statistik Jangkita Virus Corona Hari Ini

Sila patuhi SOP dan Dapatkan jangan lupa daftarkan diri anda untuk mendapatkan vaksin.