Connect with us

AYER KEROH, 7.9.2023: Hari ini merupakan hari terakhir perkhidmatan buat YS PPjB Abu Bakar bin Katain, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka sebagai penjawat awam yang akan bersara wajib bermula 8 September 2023 (Jumaat).

Majlis pengahargaan tersebut telah bermula pada jam 4.00 petang yang diadakan di Dewan Utama, Ibu Pejabat JBPM Negeri Melaka dan dihadiri oleh semua warga JBPM Negeri Melaka serta pegawai kanan Ibu Pejabat JBPM.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YAS Dato’ Sri Abdul Wahab bin Hj. Mat Yasin, Ketua Pengarah, JBPM dan YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM.

Dalam majlis tersebut juga, YS PPjB Abu Bakar telah di bawa untuk mengetik kad perakam waktu buat kali terakhir dan disaksikan oleh semua tetamu yang hadir.

Setelah selesai sesi bergambar, YS PPjB Abu Bakar turut diraikan dalam Majlis Perbarisan Penghargaan di perkarangan Ibu Pejabat JBPM Negeri Melaka bagi menerima tabik hormat dan melakukan pemeriksaan Perbarisan Kehormat yang terakhir.

Seluruh warga Bomba ingin mengucapkan setinggi terima kasih di atas jasa, pengorbanan dan segala khidmat bakti YS PPjB Abu Bakar sepanjang bertugas di dalam Jabatan. Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-60, semoga YS Tuan diberi kesihatan yang berpanjangan dan berbahagia di samping keluarga dalam menjalani kehidupan selepas bersara kelak.

#PengarahBombaMelakaBersara

#WiraMerah#JBPM

#BombaTheBest

#StrongerTogether

#UnityInDiversity

#DemiPertiwi

#MalaysiaMadani

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka

Continue Reading

Tayangan Menarik

Terima kasih kerana melayari WebTV Bomba Channel. Kami menyediakan info dan maklumat yang sahih kepada anda. Jika ada sebarang kemusykilan anda boleh berhubung dengan webmaster@bombachannel.com Copyright © 2021 by Bomba Channel Team

Statistik Jangkita Virus Corona Hari Ini

Sila patuhi SOP dan Dapatkan jangan lupa daftarkan diri anda untuk mendapatkan vaksin.