PUTRAJAYA, 8.9.2023: Majlis Pemakaian Tanda Pangkat bagi Penguasa Bomba Gred Utama C, KB52 dan KB48 telah selesai diadakan pada pagi ini bertempat di Bilik Tetamu, Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Putrajaya.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YAS Dato’ Sri Abdul Wahab bin Hj. Mat Yasin, Ketua Pengarah JBPM serta dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi JBPM dan pegawai kanan Ibu Pejabat.
Majlis dimulakan dengan pemakaian tanda Pangkat Penguasa Bomba Gred Utama C iaitu YS TPjB Othman bin Abdullah, Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran, JBPM dan penyerahan Tongkat Kuasa.
Bagi Gred KB52, 2 orang pegawai yang menerima pemakaian tanda pangkat adalah PPjB Mohamadul Ehsan bin Mohd Zain dan PPjB Muhammad Al-Mustakim bin Abdul Hady.
Pemakaian tanda pangkat terakhir iaitu Gred KB48 adalah PgKB I Hussin bin Abdul Rahman. Setelah selesai, sebagai tanda kesyukuran, PgB Luqman bin Ramli, Pegawai Hal Ehwal Agama dan Kebajikan, JBPM telah di jemput untuk memimpin bacaan doa.
Tahniah diucapkan kepada semua pegawai yang menerima kenaikan pangkat. Semoga dapat menjalankan tugas dengan lebih berdedikasi dan penuh tanggungjawab.
#JUSAC#KB52#KB48
#WiraMerah#JBPM
#KPKT#JPA
#BombaTheBest
#StrongerTogether
#UnityInDiversity
#DemiPertiwi
#MalaysiaMadani