Connect with us

ABANG BOMBA👨🏻‍🚒🏍️ KAKAK BOMBA 👩🏻‍🚒🚒

PUTRAJAYA, 31.8.2023: Sambutan Hari Kebangsaan Ke – 66 telah selesai diadakan pada pagi ini di perkarangan Dataran Putrajaya yang turut menampilkan Perarakan dan Perbarisan Kontinjen-Kontinjen Seluruh Agensi dalam Malaysia termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Acara tahunan ini merupakan kali yang ke – 5 diadakan di Putrajaya, kali terakhir adalah pada 2019. Namun, sambutan dan kemeriahannya tidak pernah berkurang, malah semakin menjadi tumpuan masyarakat terutamanya Kontinjen JBPM yang bukan sahaja menampilkan barisan pegawai dan anggota yang berkaliber, malah kemunculan kembali “Abang Bomba Sado” di atas jentera mendapat perhatian penonton yang melihatnya.

Turut sama memeriahkan lagi Kontinjen JBPM adalah dengan penampilan beberapa selebriti dan pempengaruh yang terlibat dalam rancangan Realiti TV Real Men Malaysia : Wira Merah terbitan Astro.

Semoga kemuncak kegemilangan Bomba tiada akhirnya dan sentiasa mendapat tempat di hati jutaan masyarakat semua. Berjumpa lagi pada Sambutan Hari Kebangsaan tahun hadapan.

“MALAYSIA MADANI: TERAS PERPADUAN, PENUHI HARAPAN”

#HariKebangsaan2023

#BombaTheBest

#WiraMerah

#StrongerTogether

#UnityInDiversity

#DemiPertiwi

#MalaysiaMadani

#Merdeka360

#TekadPerpaduan

#PenuhiHarapan

#MalaysiaMerdeka

#TanahAirKu

#HKHM2023

Sumber Facebook JBPM

Continue Reading

Tayangan Menarik

Terima kasih kerana melayari WebTV Bomba Channel. Kami menyediakan info dan maklumat yang sahih kepada anda. Jika ada sebarang kemusykilan anda boleh berhubung dengan webmaster@bombachannel.com Copyright © 2021 by Bomba Channel Team

Statistik Jangkita Virus Corona Hari Ini

Sila patuhi SOP dan Dapatkan jangan lupa daftarkan diri anda untuk mendapatkan vaksin.