Connect with us

KLIA, 18 Ogos 2023 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor hadir bersama YAS Dato’ Sri Abdul Wahab Mat Yasin, Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi menyambut kepulangan Kontinjen Ekspedisi Simulasi Menyelamat Di Altitud Tinggi @ Mardi Himal.

YAS Dato’ Nor Hisham bin Mohammad, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JBPM merangkap Ketua Ekspedisi bersama 50 pendaki daripada pelbagai agensi antaranya Kakitangan Pejabat Sultan Pahang, Pegawai dan Anggota, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Hospital Sultan Ahmad Shah, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan wakil daripada agensi media selamat tiba di Lapangan Terbang KLIA.

Semoga, pasukan ini akan menjadi pasukan Penyelamat yang akan mewakili negara untuk membantu mereka yang ditimpa bencana dan musibah.

YS Pengarah JBPM Negeri Selangor juga sempat bergambar bersama Pengurusan Tertinggi Jabatan dan 3 peserta daripada JBPM Negeri Selangor selepas mereka keluar melalui Balai Ketibaan di KLIA.

#EkspedisiMenyelamatDiAltitudTinggi2023Nepal

#BombaMalaysia

#StrongerTogether

Continue Reading

Tayangan Menarik

Terima kasih kerana melayari WebTV Bomba Channel. Kami menyediakan info dan maklumat yang sahih kepada anda. Jika ada sebarang kemusykilan anda boleh berhubung dengan webmaster@bombachannel.com Copyright © 2021 by Bomba Channel Team

Statistik Jangkita Virus Corona Hari Ini

Sila patuhi SOP dan Dapatkan jangan lupa daftarkan diri anda untuk mendapatkan vaksin.