Connect with us

12 Ogos 2023(Sabtu)

Ekspedisi Kajian Simulasi Altitud Tinggi di Kem Pangkalan Hadapan Mardi Himal telah berlangsung pada 7-17 Ogos 2023. Ekspedisi disertai 50 pendaki daripada pelbagai agensi antaranya kakitangan pejabat Sultan Pahang, JBPM, Hospital Sultan Ahmad Shah, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan wakil agensi media. Ekspedisi ini diketuai oleh Dato’ Nor Hisham bin Mohammad, Timbalan Ketua Pengarah JBPM. 16 daripada peserta ekspedisi ini merupakan pegawai dan anggota JBPM. Pendakian turut disertai oleh Pegawai JBPM Negeri Terengganu iaitu TPgB II Thoiyibah bin Talib dan TPgB II Baharum bin Mohd Hasim

Pendakian bagi menakluk kem pangkalan hadapan Mardi Himal, Nepal setinggi 4,500 meter itu mengambil masa selama enam hari bermula 9 Ogos. Pada 12 Ogos 2023, kesemua 50 pendaki telah selamat sampai di Mardi Himal Base Camp. Syabas dan tahniah di ucapkan kepada semua pendaki. Moga kesemua 50 Pendaki selamat tiba di tanah air.

#BombaTheBest

#MalaysiaMadani

#SediaMenyelamat

Continue Reading

Tayangan Menarik

Terima kasih kerana melayari WebTV Bomba Channel. Kami menyediakan info dan maklumat yang sahih kepada anda. Jika ada sebarang kemusykilan anda boleh berhubung dengan webmaster@bombachannel.com Copyright © 2021 by Bomba Channel Team

Statistik Jangkita Virus Corona Hari Ini

Sila patuhi SOP dan Dapatkan jangan lupa daftarkan diri anda untuk mendapatkan vaksin.