Connect with us

PUTRAJAYA, 19.1.2023: Majlis Perbarisan Tahunan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tahun 2023 telah diadakan di perkarangan Ibu Pejabat, JBPM yang dihadiri oleh Warga JBPM serta tetamu-tetamu jemputan yang diraikan bermula jam 2.00 petang.

Majlis yang diadakan pada setiap permulaan tahun baharu ini telah disempurnakan oleh YAS Dato’ Sri Mohammad Hamdan bin Haji Wahid, Ketua Pengarah JBPM. Majlis turut dihadiri oleh YAS Dato’ Abdul Wahab bin Hj. Mat Yasin, Timbalan ketua Pengarah (Operasi) serta YAS Dato’ Edwin Galan Teruki, Timbalan ketua Pengarah (Pembangunan).

Majlis dimulakan dengan pemeriksaan Kawalan Kehormatan JBPM oleh YAS Ketua Pengarah. Seterusnya, bagi memberkati majlis, PgB Luqman bin Ramli, pegawai Hal Ehwal Agama dan Kebajikan, JBPM telah dijemput untuk memimpin bacaan doa. Dalam majlis tersebut, YAS Ketua Pengarah juga turut menyampaikan ‘Perutusan Tahun 2023’.

Turut diadakan majlis penyampaian sijil penghargaan kepada pelbagai pihak termasuk jabatan dan agensi (kerajaan dan bukan kerajaan) serta pengamal media dan orang awam dalam membantu menaikkan imej jabatan di mata masyarakat.

Dalam majlis tersebut, jabatan turut menghadiahkan ‘Persembahan Khas’ kepada YAS Ketua Pengarah sebagai hadiah istimewa sempena 35 tahun perkhidmatan didalam JBPM.

Sumber : Korporat JBPM

Continue Reading

Tayangan Menarik

Terima kasih kerana melayari WebTV Bomba Channel. Kami menyediakan info dan maklumat yang sahih kepada anda. Jika ada sebarang kemusykilan anda boleh berhubung dengan webmaster@bombachannel.com Copyright © 2021 by Bomba Channel Team

Statistik Jangkita Virus Corona Hari Ini

Sila patuhi SOP dan Dapatkan jangan lupa daftarkan diri anda untuk mendapatkan vaksin.