Connect with us

Pada jam 10:00 pagi, 17 Januari 2023, Selasa bertempat di Ibu Pejabat JBPM Kelantan YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid, Ketua Pengarah JBPM telah hadir Program Lawatan Kerja Rasmi. Program dimulakan dengan memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormat yang diketuai oleh PgB Farid bin Ismail Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran. Seterusnya YAS Dato’ Sri Ts. menandatangani ‘plaque’ Perasmian ‘Dewan Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan’ di perkarangan dewan yang disaksikan YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan. Acara kemuncak ialah Majlis Pengurniaan Pingat Perkhidmatan Bomba kepada 37 penerima yang telah disampaikan oleh YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid. Turut hadir PgKB I Anwar bin Abu Bakar Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kelantan,Penolong Pengarah Negeri, Ketua Zon dan Ketua Balai serta Ketua Cawangan JBPM Negeri Kelantan.

Continue Reading

Tayangan Menarik

Terima kasih kerana melayari WebTV Bomba Channel. Kami menyediakan info dan maklumat yang sahih kepada anda. Jika ada sebarang kemusykilan anda boleh berhubung dengan webmaster@bombachannel.com Copyright © 2021 by Bomba Channel Team

Statistik Jangkita Virus Corona Hari Ini

Sila patuhi SOP dan Dapatkan jangan lupa daftarkan diri anda untuk mendapatkan vaksin.