Connect with us

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul’ adalah gambaran tepat bagi menyimpulkan situasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Selangor.

Menerusi apa dilihat dan didengar, kita mungkin hanya boleh membayangkan betapa mencabarnya tugasan dipukul anggota pasukan itu.

Hakikatnya sukar digambarkan dengan kata-kata, seperti pengalaman saya mengikuti misi mereka dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam semalam untuk membantu merakamkan gambar beberapa anggota pasukan yang bertugas.

Seketika kemudian, saya terpaksa berhenti sebentar kerana letih dan sukar bergerak di tanah lembik serta berlumpur, sambil membawa peralatan kamera yang berat.

Seorang daripada anggota pasukan itu berkongsi dengan saya bahawa mereka terpaksa menikmati makanan yang dihantar kepada mereka di tempat pencarian, bagi memastikan misi untuk mencari mangsa masih hilang diteruskan.

Ketika operasi ingin ditamatkan sementara semalam, pasukan itu menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan tertimbus pada kedalaman lumpur 16 meter (m).

Situasi itu cukup menyedihkan dan menyayat hati saya tatakala melihat anggota pasukan mengangkat mayat kecil berkenaan daripada serpihan runtuhan, sebelum meletakkannya di dalam beg mayat serta dibawa keluar dari kawasan pencarian. – The Vibes, 21 Disember 2022

Sumber : https://www.getaran.my/artikel/video-galeri/37546/pasukan-misi-tanah-runtuh-bekerja-keras-sepanjang-malam-bagi-mencari-mayat-ke-25

Continue Reading

Tayangan Menarik

Terima kasih kerana melayari WebTV Bomba Channel. Kami menyediakan info dan maklumat yang sahih kepada anda. Jika ada sebarang kemusykilan anda boleh berhubung dengan webmaster@bombachannel.com Copyright © 2021 by Bomba Channel Team

Statistik Jangkita Virus Corona Hari Ini

Sila patuhi SOP dan Dapatkan jangan lupa daftarkan diri anda untuk mendapatkan vaksin.