Connect with us

PETALING JAYA: Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis dimasukkan ke Hospital Selayang hari ini akibat minor strok.

Beliau dimasukkan ke hospital pada pukul 6 petang tadi akibat keletihan dan minor strok selepas empat hari terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) tanah runtuh dijalankan di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting Highlands-Batang Kali.

JBPM Selangor dalam kenyataan berkata, keadaan beliau terkawal dan masih sedarkan diri.

“Operasi mencari mangsa tetap dijalankan. Sama-samalah kita berdoa semoga kesihatan beliau kembali pulih,” katanya.

Operasi mencari sembilan lagi mangsa tanah runtuh masuk hari keempat namun masih belum ada perkembangan terbaharu. – UTUSAN

Sumber Kenyataan Media Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Selangor

Continue Reading

Tayangan Menarik

Terima kasih kerana melayari WebTV Bomba Channel. Kami menyediakan info dan maklumat yang sahih kepada anda. Jika ada sebarang kemusykilan anda boleh berhubung dengan webmaster@bombachannel.com Copyright © 2021 by Bomba Channel Team

Statistik Jangkita Virus Corona Hari Ini

Sila patuhi SOP dan Dapatkan jangan lupa daftarkan diri anda untuk mendapatkan vaksin.