Connect with us

Alhamdulillah, jam 1 pagi ini pasukan #WiraMerah telah berjaya menyelamatkan 11 mangsa banjir yang terperangkap di dalam sebuah rumah di Kampung Banggol Chicar di Baling, Kedah.

Setakat jam 1.30 pagi ini seramai 111 mangsa daripada 18 buah kampung terjejas banjir di Baling, Kedah telah berjaya diselamatkan.

Satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) juga telah dibuka di Tadika Kemas Kg Bendang Pechah.

Situasi terkini di sekitar kawasan terjejas menunjukkan paras air banjir mulai surut.

Sama-sama kita mendoakan usaha menyelamat oleh agensi berkaitan berjalan lancar dan dipermudahkan.

Sumber :Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican Facebook

Continue Reading

Tayangan Menarik

Terima kasih kerana melayari WebTV Bomba Channel. Kami menyediakan info dan maklumat yang sahih kepada anda. Jika ada sebarang kemusykilan anda boleh berhubung dengan webmaster@bombachannel.com Copyright © 2021 by Bomba Channel Team

Statistik Jangkita Virus Corona Hari Ini

Sila patuhi SOP dan Dapatkan jangan lupa daftarkan diri anda untuk mendapatkan vaksin.