Connect with us

Tarikh: 28/02/2022
Lokasi: Kampung Nerang, Jerangau Dungun

Hujan lebat yang berterusan mengakibatkan Kg Nerang Jerangau turut dinaiki air banjir. Sebanyak 46 buah keluarga melibatkan 141 mangsa banjir telah dipindahkan ke Dewan Sivik Kg Jerangau, Dungun untuk penempatan sementara sehingga keaadaan banjir mulai stabil.

Ketua Polis Balai Jerangau, SM Mohamed Johan bin Mohamed Deli, bersama 4 anggota serta bantuan daripada orang awam dengan menggunakan 2 buah bot telah melakukan misi menyelamat mangsa-mangsa banjir yang terlibat dengan memindahkan mereka ke Dewan Sivik Kg Jerangau.

Supt. Baharudin bin Abdullah, Ketua Polis Daerah Dungun, mengingatkan dan memberi nasihat kepada semua penduduk di Jerangau khususnya supaya sentiasa menjaga keselamatan diri dan saling bantu membantu dalam menghadapi banjir ini.

Continue Reading

Tayangan Menarik

Terima kasih kerana melayari WebTV Bomba Channel. Kami menyediakan info dan maklumat yang sahih kepada anda. Jika ada sebarang kemusykilan anda boleh berhubung dengan webmaster@bombachannel.com Copyright © 2021 by Bomba Channel Team

Statistik Jangkita Virus Corona Hari Ini

Sila patuhi SOP dan Dapatkan jangan lupa daftarkan diri anda untuk mendapatkan vaksin.