Connect with us

YS PgKB I Nor Arifin Bin Kamari Pengarah JBPM Putrajaya telah membuat lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya. Pertemuan telah berlangsung di Bilik Ketua Polis Daerah IPD Putrajaya. Di dalam pertemuan ini YS Pengarah JBPM Putrajaya bersama Ketua Polis Daerah Putrajaya telah membincangkan beberapa perkara dan bertukar informasi , fokus kepada Standard Operation Procedure( SOP) bencana banjir , Kajian Nilai Risiko dari aspek Keselamatan Kebakaran dan Bencana di Putrajaya, disamping membincangkan kerjasama memperkukuhkan aktiviti-aktiviti berbentuk kebombaan dan juga aktiviti kepolisan bagi kedua-dua pihak sebagai agensi utama barisan hadapan. Hasil perbincangan ini dijangka akan dapat memberikan kemashalatan antara kedua-dua pihak demi kesejahteraan warga Putrajaya. Turut hadir di dalam pertemuan ini adalah Timbalan Pengarah JBPM Putrajaya, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat dan Ketua Pegawai Perhubungan JBPM Putrajaya.

Continue Reading

Tayangan Menarik

Terima kasih kerana melayari WebTV Bomba Channel. Kami menyediakan info dan maklumat yang sahih kepada anda. Jika ada sebarang kemusykilan anda boleh berhubung dengan webmaster@bombachannel.com Copyright © 2021 by Bomba Channel Team

Statistik Jangkita Virus Corona Hari Ini

Sila patuhi SOP dan Dapatkan jangan lupa daftarkan diri anda untuk mendapatkan vaksin.