Connect with us

Laporan AWAL
Jenis Insiden: KEBAKARAN TAPAK PELUPUSAN SAMPAH
Tarikh / Masa Panggilan: 12.01.2022 / 1712 Hrs
Alamat: Pusat Pelupusan Sampah, Jalan Byram, Pulau Burung, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Keanggotaan: BBP Nibong Tebal
BBP Sungai Bakap (Bantuan)
BBP Bayan Baru (Bantuan)
Pegawai Operasi : PPgB Noor Asfariza Binti Mohamad Abdul Kadir (Nibong 01) (01119345999)

Mangsa: Tiada

Catatan: Apabila Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian didapati kebakaran melibatkan tapak pelupusan sampah dengan anggaran keluasan keseluruhan 10 ekar. Anggaran kawasan yang terbakar berkeluasan 300 x 300 kps dan tindakan awal pemadaman membuat “Fire Break” dengan bantuan jengkaut bagi mengelakkan kemerebakan yang lebih luas. Pada masa ini 1800 hrs, kebakaran masih belum dapat dikawal dan pemadaman/ pengawalan sedang dilakukan dengan sumber air dari jentera dan “Water Tanker”. Operasi pemadaman turut dibantu oleh PBS yang berdekatan. Tiada mangsa yang terlibat.

Continue Reading

Tayangan Menarik

Terima kasih kerana melayari WebTV Bomba Channel. Kami menyediakan info dan maklumat yang sahih kepada anda. Jika ada sebarang kemusykilan anda boleh berhubung dengan webmaster@bombachannel.com Copyright © 2021 by Bomba Channel Team

Statistik Jangkita Virus Corona Hari Ini

Sila patuhi SOP dan Dapatkan jangan lupa daftarkan diri anda untuk mendapatkan vaksin.