Laporan semasa-12/01/2021 Jenis Insiden: Kebakaran Bukit Keda, Kemangi, Baling Kedah Tarikh/Masa Panggilan: 10.01.2022 / 20:12:34 Alamat: Kebakaran Bukit Keda Kemangi, Baling, Kedah Mangsa Cedera : Tiada Keanggotaan: BBP Baling (K2-11 ,Utiliti Baling D Max, Utiliti Hilux Zon Kulim dan Lori BBP Baling)
PgKB II – 1 Pegawai PgB – 1 Pegawai PPgB – 2 Pegawai PBK II – 1 Anggota PSM – 5 Anggota PBB – 3 Anggota Must Team – 11 anggota (Pelbagai Pangkat)
Bantuan : Unit Udara, Unit Dron Agensi Bantuan: Ranjer Perhutanan, Majlis Daerah Baling
Pegawai Operasi: PgKB II Rahimi Bin Ali (019-4117578) Pegawai K O K Bertugas: PPgB Mohd Zaki bin Ayob (019-4501554) Pegawai Kanan Yang Hadir : PgKB II Rahimi Bin Ali (Ketua Zon 3) PgB Mohamad Sofi Bin Abdul Wahab (Pegawai Zon 3) PPgB Norhamdi bin AlI (Pegawai Operasi Negeri) PPgB Mohd Jamil Bin Mad Daud (Ketua Balai Baling)
Catatan: Bilik Kawalan BBP Baling menerima panggilan terus ke balai, memaklumkan menerima Panggilan Kecemasan Kebakaran Bukit. PGO telah mengarahkan jentera K1-25,K2-11,utiliti D Max dari BBP Baling ke lokasi kejadian. Kebakaran berada pada puncak bukit tersebut. Pemantauan dari udara turut dilakukan menggunakan bantuan helikopter dan dron dari unit udara. Pada masa ini hanya kelihatan asap dari bawah kaki bukit. Anggota pemadaman sedang naik ke kawasan kebakaran menggunakan kenderaan 4×4 mengikut laluan balak. KO juga turut memohon anggota MUST ke lokasi bagi membantu pemadaman.
Maklumat Tambahan : Komander operasi lapor masih terdapat tompokan api kecil. Masih ada kawasan tompokan api yang anggota pemadam tidak dapat masuk ke kawasan tersebut untuk membuat pemadaman kerana keadaan cerun yang berbukit. Bantuan pemadaman menggunakan helikopter akan dilakukan pada esok pagi 13.01.2022. Komander operasi juga lapor tiada litupan GIRN di lokasi kebakaran dan pihak sapura telah hadir ke lokasi. KO Lapor kerja -kerja pemasangan Dam sedang giat dilakukan bagi kerja-kerja pemadaman di lapangan.Pesawat Unit Udara AW 189 bersama 7 Anggota telah tiba di Padam Awan Keda. Ketua Zon 3, Pegawai KOK Zon 3, Pegawai Zon 3 telah berada dilokasi kejadian. Pegawai KOK Negeri bertugas telah dimaklumkan perihal kejadian. Ys Pengarah, Timbalan Pengarah, PPO, PPON, KCPGO serta pegawai kanan berkaitan telah dimaklumkan perihal kejadian.