Connect with us

RABU, 12 JAN 2022 – NO. 92, JALAN DATO HAJI YUSOF OFF JALAN IPOH, KUALA LUMPUR.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur terima panggilan kecemasan pada jam 17:30pm, seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian. Keluaran pasukan operasi dari BBP Sentul dan jentera bantuan daripada BBP Titiwangsa, BBP Hang Tuah, BBP Sri Hartamas, BBP Keramat, BBP Bandar Tun Razak dan BBP Pantai bersama 2 buah jentera FRT, 1 buah LFRT, 1 ALP dan 5 buah Van EMRS dengan kekuatan 46 orang anggota.

Menurut Komander Operasi Kanan TPgB II MOHD HAFIZAN BIN HASSAN. Kebakaran melibatkan sebuah bangunan rumah kedai 4 tingkat. Kebakaran berlaku dibahagian bilik di tingkat 1. Keluasan kebakaran 50 x 20 kaki persegi terbakar 85%. Terdapat 12 orang mangsa, 2 perempuan dewasa, 2 kanakkanak, 7 lelaki dewasa dan 1 lelaki dewasa meninggal dunia telah disahkan oleh paramedik HKL. 9 mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di zon kuning dengan menggunakan jentera EMRS dan 3 mangsa menolak untuk dihantar ke HKL. Api dapat dikawal pada jam 18:01pm dan padam sepenuhnya jam 18:55pm Punca kebakaran masih dalam siasatan. Turut hadir Pengarah dan Timbalan Pengarah JBPM Kuala Lumpur di lokasi kejadian.

Continue Reading

Tayangan Menarik

Terima kasih kerana melayari WebTV Bomba Channel. Kami menyediakan info dan maklumat yang sahih kepada anda. Jika ada sebarang kemusykilan anda boleh berhubung dengan webmaster@bombachannel.com Copyright © 2021 by Bomba Channel Team

Statistik Jangkita Virus Corona Hari Ini

Sila patuhi SOP dan Dapatkan jangan lupa daftarkan diri anda untuk mendapatkan vaksin.