Connect with us

LABIS, 10 JANUARI 2022 – Balai Bomba Dan Penyelamat Labis menerima panggilan kecemasan kebakaran lori melalui talian terus ke balai pada 10 Januari 2022, jam 20:34:10, beralamat di KTM Labis, Jalan Stesen, Labis, Johor. Satu (1) jentera LFRT dan satu (1) jentera EMRS dari BBP Labis dibantu satu (1) jentera volvo dari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bekok dengan kekuatan keseluruhan seramai tiga belas (13) orang anggota telah dihantar ke tempat kejadian. Komander Operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II KUP Umar Shahidin bin Khamis.

Menurut komander operasi, setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah lori trailer tiada muatan jenis Hohan nombor pendaftaran tidak diketahui. Kebakaran telah memusnah bahagian kepala lori dan kesan kemusnahan bagi keseluruhan lori sebanyak 50%. PKO bertindak membuat pemadaman menggunakan 1 aliran salur bantu mula air pam jentera J1-30 sehingga api padam sepenuhnya. Setelah selesai dan PKO lapor balik ke balai. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Operasi ditamatkan pada 10 JANUARI 2021 jam lebih kurang 22:05:00.

Continue Reading

Tayangan Menarik

Terima kasih kerana melayari WebTV Bomba Channel. Kami menyediakan info dan maklumat yang sahih kepada anda. Jika ada sebarang kemusykilan anda boleh berhubung dengan webmaster@bombachannel.com Copyright © 2021 by Bomba Channel Team

Statistik Jangkita Virus Corona Hari Ini

Sila patuhi SOP dan Dapatkan jangan lupa daftarkan diri anda untuk mendapatkan vaksin.