KEBAKARAN KILANG DI KILANG SF FURNITURE SDN BHD, JALAN BAKRI BATU 7 3/4 BAKRI, MUAR MUAR, 11 JANUARI 2022 – Balai Bomba dan Penyelamat Muar menerima panggilan kecemasan kebakaran kilang melalui talian terus ke balai pada 11 Januari 2022, jam 19:11:00, beralamat di Kilang SF Furniture Sdn Bhd, Jln Bakri Batu 7 ¾ Bakri, Muar. Empat (4) jentera FRT,satu (2) jentera EMRS serta tiga (3) unit RIM dengan satu (2) WATER TANKER dari BBP Muar , BBP Bukit Gambir dan BBP Pagoh dengan kekuatan keseluruhan seramai tiga puluh sembilan (39) orang anggota telah dihantar ke tempat kejadian. Komander Operasi diketuai oleh Timbalan Penguasa Bomba II Shahrizal bin Mokhtar. Menurut komander operasi, setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar berlaku kebakaran dua buah kilang perabot berstruktur sementara berukuran 80 x 160 x 30 kaki bagi dua buah kilang tersebut. PKO bertindak membuat pemadaman dengan menggunakan 2 aliran 300 kaki 4 pancutan sumber air dari dua buah pili bomba berhampiran yang membuat relay pumping dari water tanker. Kebakaran telah memusnahkan lebih kurang 90% dari keseluruhan kilang tersebut. Operasi pemadaman sedang dilakukan dan operasi telah terkawal. Operasi masih dijalankan setakat 12 Januari 2022 jam lebih kurang 07:00:00