SKUDAI, 10 JANUARI 2022 – Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan kebakaran kedai melalui talian MERS999 pada 10 Januari 2022, jam 21:57:32, beralamat di No 20A , Jalan Kebudayaan 6,Taman Universiti. Dua (2) jentera FRT dan satu (1) jentera EMRS dari BBP Skudai dibantu Satu (1) jentera FRT dari BBP Iskandar Puteri dengan kekuatan keseluruhan seramai lapan belas (18) orang anggota telah dihantar ke tempat kejadian. Komander Operasi diketuai oleh Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Riduan Bin Akhyar.
Menurut komander operasi, setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar berlaku kebakaran kedai 2 tingkat jenis kekal yang berkeluasan 22×60 kaki. Kebakaran berlaku di aras 1 dan kesan kebakaran telah memusnahkan 60% daripada keseluruhan kedai. PKO bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan 2 aliran 100 kaki 4 pancutan sumber air dari tangki jentera J1-18 ,J1-59 dan J1-61 dan pili bomba berdekatan. Kebakaran tidak melibatkan mangsa. Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.
Operasi ditamatkan pada 10 JANUARI 2022 jam lebih kurang 01:13:00.