Connect with us

KEMALANGAN JALAN RAYA BERHAMPIRAN DARA TEH MUADZAM SHAH, JALAN GAMBANG – KUANTAN 12 JANUARI 2022 / 05:55 AM

RABU – Kejadian kemalangan jalan raya dialamat, berhampiran Dara Teh Muadzam
Shah, Jalan Gambang – Kuantan. Pusat Gerakan Operasi telah menerima panggilan
daripada MERS 999 pada jam 05:55 pagi. Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam
Shah diarahkan ke lokasi kejadian dengan kekuatan logistik satu (1) Jentera FRT dan
satu (1) jentera EMRS dengan keanggotaan tujuh (7) orang Pegawai Bomba.
Menurut Komander Operasi, PBK II Mohd Sawaruddin bin Sarip, kemalangan
melibatkan satu (1) x kereta jenis Honda City telah bertembung dengan satu (1) x
kenderaan jenis Mazda X5 . Terdapat dua (2) x LD tersepit, lima (5) x mangsa cedera
dan satu (1) x mangsa meninggal dunia. Mangsa dua (2) x LD tersepit berjaya
dikeluarkan dan telah dihantar ke Hospital Muadzam Shah dengan menggunakan
jentera EMRS dan ambulans KKM. Mayat satu (1) x LD telah diserahkan kepada
pihak polis untuk tindakan seterusnya. Komander operasi lapor operasi terkawal
jam 06:25 pagi.

Continue Reading

Tayangan Menarik

Terima kasih kerana melayari WebTV Bomba Channel. Kami menyediakan info dan maklumat yang sahih kepada anda. Jika ada sebarang kemusykilan anda boleh berhubung dengan webmaster@bombachannel.com Copyright © 2021 by Bomba Channel Team

Statistik Jangkita Virus Corona Hari Ini

Sila patuhi SOP dan Dapatkan jangan lupa daftarkan diri anda untuk mendapatkan vaksin.