Connect with us

ISNIN, 10 JANUARI 2022 – BLOK K, RUMAH PANJANG, JALAN MOHD FUAD,
TAMAN TUN DR ISMAIL, KUALA LUMPUR.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur terima panggilan kecemasan dari MERS999 pada jam 23:47 pm, seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian. Keluaran pasukan operasi jentera dari BBP TTDI dan bantuan dari BBP Sri Hartamas dan BBP Sentul bersama jentera FRT- 3, EMRS- 2 dan Water Tanker – 2 dengan jumlah kekuatan anggota seramai 34 pegawai lainlain pangkat.
Menurut Komander Operasi Kanan PKPgB Letchumanan A/L Mariapan setibanya pasukan bomba dilokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan rumah panjang. Kebakaran telah memusnahkan 5 buah unit rumah dari K6 sehingga K10. Anggaran keluasan kebakaran 50 x 30 kps dengan kemusnahan 100% dan tiada mangsa yang terlibat. Anggota bomba melakukan operasi pemadaman menggunakan teknik Attacking dan Deffensive. Kerja-kerja overhaul sedang dijalankan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Continue Reading

Tayangan Menarik

Terima kasih kerana melayari WebTV Bomba Channel. Kami menyediakan info dan maklumat yang sahih kepada anda. Jika ada sebarang kemusykilan anda boleh berhubung dengan webmaster@bombachannel.com Copyright © 2021 by Bomba Channel Team

Statistik Jangkita Virus Corona Hari Ini

Sila patuhi SOP dan Dapatkan jangan lupa daftarkan diri anda untuk mendapatkan vaksin.