Connect with us

KLUANG, 08 JANUARI 2022 – Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima panggilankecemasan kemalangan jalan raya melalui mers999 pada 08 Januari 2022, jam 1 1 :25:55 beralamat berhampiran Kilang Winitex, Jalan Padang Tembak, Kluang. Satu (1 ) jenteraLFRT dan Satu (1 ) jentera EMRS dari BBP Kluang dengan kekuatan keseluruhan seramai sembilan (9) orang anggota telah dihantar ke tempat kejadian. Komander Operasi diketuaioleh Pegawai Bomba Kanan II Noorhakim bin Nordin.
Menurut komander operasi, Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempatkejadian didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Viva telah terbabas dan terbalik di bahu jalan. Terdapat seorang mangsa didalam kereta tersebut. PKO bertindak menyelamatkan mangsa yang teribat dengan mengunakan pengusung dan diserahkan kepada pihak Ambulan KKM untuk menerima rawatan selanjutnya. Setelah memastikan keadaan selamat, PKO lapor bertolak balik ke balai.
Maklumat mangsa:
Abdullah bin Md Isa (L) – 75 tahun (Cedera)
Operasi ditamatkan pada 08 Januari 2022 jam lebih kurang 1 1 :45:00

Continue Reading

Tayangan Menarik

Terima kasih kerana melayari WebTV Bomba Channel. Kami menyediakan info dan maklumat yang sahih kepada anda. Jika ada sebarang kemusykilan anda boleh berhubung dengan webmaster@bombachannel.com Copyright © 2021 by Bomba Channel Team

Statistik Jangkita Virus Corona Hari Ini

Sila patuhi SOP dan Dapatkan jangan lupa daftarkan diri anda untuk mendapatkan vaksin.