Connect with us

PASIR GUDANG, 08 JANUARI 2022 – Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan kebakaran rumah melalui talian terus ke balai pada 08 Januari 2022, jam 08:21 :34, beralamat di Jalan Ciku 1 ,Taman Kota Masai, Pasir Gudang,Johor. Satu (1 ) jentera FRT, Satu (1 ) utiliti Lori HICOM dan satu (1 ) jentera EMRS dari BBP Pasir Gudang dengan kekuatan keseluruhan seramai tiga belas (1 3) orang anggota telah dihantar ke tempat kejadian. Komander Operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II
Anuar Bin Abdullah.

Menurut komander operasi, Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar berlaku kebakaran melibatkan dua buah rumah teres 2 tingkat jenis struktur kekal yang berkeluasan 1 6 x 65 kaki. Kebakaran berlaku di tingkat bawah rumah tersebut.Kesan dari telah memusnahkan 65% di bahagian bawah untuk rumah No.
9 dan 25% dibahagian bawah untuk rumah No. 7. Tiada mangsa dilaporkan terlibat di dalam kebakaran ini. PKO bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan 1 aliran
salur bantu mula dan 1 aliran 2 pancutan sumber air dari 4 buah pili bomba berdekatan pam jentera J1 -07 sehingga api padam sepenuhnya. Setelah semuanya selesai, PKO lapor
bertolak balik ke balai. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. Operasi ditamatkan pada 08 Januari 2022 jam lebih kurang 09:54:00

Continue Reading

Tayangan Menarik

Terima kasih kerana melayari WebTV Bomba Channel. Kami menyediakan info dan maklumat yang sahih kepada anda. Jika ada sebarang kemusykilan anda boleh berhubung dengan webmaster@bombachannel.com Copyright © 2021 by Bomba Channel Team

Statistik Jangkita Virus Corona Hari Ini

Sila patuhi SOP dan Dapatkan jangan lupa daftarkan diri anda untuk mendapatkan vaksin.