Connect with us

Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, 8 Jan 2022 – Bertempat di pekarangan foyer B, Pertandingan Sayangi Haiwan dan Fesyen Kanak-Kanak anjuran Perisma Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Timur dengan kerjasama PESAT telah berlangsung dengan jayanya. Turut hadir ke pertandingan PPjB Abdul Khair bin Osman, Komandan ABPM Wilayah Timur , Pengerusi Perisma ABPM WT, Dr Faradina bt Abidin ,Ketua-Ketua Pengajian , Cawangan dan Unit. Aturcara dimulakan dengan pertandingan haiwan mengikut wakil blok kuarters dan acara individu serta di akhiri oleh pertandingan fesyen kanak-kanak. Usai majlis, Komandan dan Pengerusi Perisma menyampaikan hadiah kepada para pemenang mengikut ketegori yang telah dipertandingkan.

Akhir, Urusetia Perisma Akademi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yg terlibat dalam menjayakan pertandingan ini dan ianya adalah salah satu medium untuk merapatkan ukhwah dikalangan penduduk kuarters.

Continue Reading

Tayangan Menarik

Terima kasih kerana melayari WebTV Bomba Channel. Kami menyediakan info dan maklumat yang sahih kepada anda. Jika ada sebarang kemusykilan anda boleh berhubung dengan webmaster@bombachannel.com Copyright © 2021 by Bomba Channel Team

Statistik Jangkita Virus Corona Hari Ini

Sila patuhi SOP dan Dapatkan jangan lupa daftarkan diri anda untuk mendapatkan vaksin.