Connect with us

SEGAMAT, 07 JANUARI 2022 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Segamat menerima
panggilan kecemasan mencari dan menyelamat di air mangsa lemas melalui talian terus
ke balai pada 07 Januari 2022, jam 1 6:49:00, beralamat di Kg Serakek, Batu Anam,
Segamat. Satu (1 ) jentera FRT, satu (1 ) utility RRV dan satu (1 ) bot dari BBP Segamat
dengan kekuatan keseluruhan seramai sembilan (9) orang anggota telah dihantar ke
tempat kejadian. Komander Operasi diketuai oleh Penolong Penguasa Bomba Muhd
Hazim bin Abd Razak.
Menurut komander operasi, setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat
kejadian didapati benar terdapat seorang mangsa yang dipercayai hilang lebih kurang jam
15:00:00 petang semalam di lokasi kejadian berdasarkan maklumat yang diterima. PKO
bertindak membuat ‘Surface Searching’ di sekitar lokasi motosikal mangsa dijumpai.
Mangsa dijumpai lemas oleh PKO dengan jarak 50 meter dari lokasi terakhir. Mangsa
seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya. Maklumat mangsa
seperti berikut:
Maklumat mangsa:
– Gan Ai Boon (L) – 63 tahun (meninggal dunia)
Operasi ditamatkan pada 07 Januari 2022 lebih kurang jam 1 8:50:00.

Continue Reading

Tayangan Menarik

Terima kasih kerana melayari WebTV Bomba Channel. Kami menyediakan info dan maklumat yang sahih kepada anda. Jika ada sebarang kemusykilan anda boleh berhubung dengan webmaster@bombachannel.com Copyright © 2021 by Bomba Channel Team

Statistik Jangkita Virus Corona Hari Ini

Sila patuhi SOP dan Dapatkan jangan lupa daftarkan diri anda untuk mendapatkan vaksin.