Connect with us

Jumaat, 7/1/2022-  Bertempat di Dewan Sutera, Ibu Pejabat JBPM bersama2 JBPM Putrajaya telah mengadakan Majlis Solat Hajat, Bacaan Yaasin dan Doa Selamat bagi memohon keberkatan, kesejahteraan dan kesyukuran daripada Allah s.w.t untuk warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sepanjang memberikan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan serta khidmat kemanusiaan yang telah dilaksanakan sepanjang 2021 serta sebagai pembuka pintu rahmat bagi Tahun 2022 . Majlis Solat Hajat, Bacaan Yaasin dan Doa Selamat ini dipimpin oleh Ketua Unit Hal Ehwal Agama dan Kebajikan JBPM. Hadir sama pada majlis yang dilangsungkan dalam keadaan serba sederhana, adalah YAS Dato Sri Ts Mohammad Hamdan Bin Hj Wahid Ketua Pengarah JBPM, YAS Dato Abdul Wahab Bin Hj Mat Yasin Timbalan Ketua Pengarah(Operasi) JBPM, YS Pengarah-pengarah Bahagian JBPM, YS Pengarah Putrajaya, pegawai2 kanan jabatan, anggota2 Balai , ahli2 PERISMA JBPM Putrajaya serta kakitangan gunasama JBPM Putrajaya. Moga doa restu dari seluruh yg hadir mampu memberikan sinergi baru dan keberkatan serta perlindungan keselamatan kepada seluruh warga kerja Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi tahun 2022.

Continue Reading

Tayangan Menarik

Terima kasih kerana melayari WebTV Bomba Channel. Kami menyediakan info dan maklumat yang sahih kepada anda. Jika ada sebarang kemusykilan anda boleh berhubung dengan webmaster@bombachannel.com Copyright © 2021 by Bomba Channel Team

Statistik Jangkita Virus Corona Hari Ini

Sila patuhi SOP dan Dapatkan jangan lupa daftarkan diri anda untuk mendapatkan vaksin.