PAGOH, 06 JANUARI 2022 – Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan tumpahan bahan kimia melalui talian MER999 pada 06 Januari 2022, jam 01 :21 :00, beralamat di Hentian Yong Peng, Lebuh Raya Plus, Arah Selatan. Satu(1 ) jentera LFRT, dan satu (1 ) jentera HAZMAT dari BBP Pagoh dan BBP Larkin dengan kekuatan keseluruhan seramai tiga belas (1 3) orang anggota telah dihantar ke tempat kejadian. Komander Operasi diketuai oleh Penolong Penguasa Bomba Mohd Fadli Bin Ismail.
Menurut komander operasi, Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar berlaku tumpahan kimia jenis Asid (UN221 8) sepanjang 50 meter di atas jalan raya. Kejadian berlaku disebabkan salah satu silinder telah bocor dari lori trelar 1 6 tan yang membawa muatan tersebut. Anggota HAZMAT bertindak menggunakan 1 aliran salur bantu mula bagi menstabilkan tahap pH asid tersebut. Pihak pengurusanbahan kimia dari syarikat tersebut telah mengambil alih tugas bagi memindahkan bahan tersebut. Setelah memastikan keadaan benar-benar selamat, PKO lapor bertolak balik ke balai. Operasi ditamatkan pada 06 JANUARI 2022 jam lebih kurang 06:1 6:00