Connect with us

RENGGAM, 5 JANUARI 2022 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam terima panggilan kecemasan kebakaran rumah pada 5 Januari 2022, jam 21 :21 :00, beralamat di berhampiran SJK(C) Chin Chiang, Jalan Hj Siraj, Renggam. Satu (1 ) jentera LFRT dari BBP Renggam dan dibantu satu (1 ) jentera FRT dari BBP Ayer Hitam dan satu (1 ) jentera FRT dari BBP Kluang dengan kekuatan keseluruhan seramai dua puluh lima (25) orang anggota telah dihantar ke tempat kejadian. Komander Operasi diketuai oleh Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Fauzi Bin Md Nor.

Menurut komander operasi, setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar berlaku kebakaran bangunan rumah kedai yang dijadikan sebagai rumah sewa terdiri daripada 9 buah rumah. Rumah jenis separuh kekal 2 tingkat yang berkeluasan 20 kaki x 70 kaki setiap satu. Kebakaran memusnahkan 8 buah rumah dan 1 buah rumah berjaya diselamatkan. PKO bertindak memadamkan kebakaran dengan menggunakan 4 aliran 300 kaki, 2 breeching dan 6 pancutan menggunakan sumber air dari pili bomba berhampiran. Kebakaran tidak melibatkan sebarang kecederaan atau mangsa. Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih di dalam siasatan.
Operasi ditamatkan pada 06 JANUARI 2022 jam lebih kurang 01 :33:00

Continue Reading

Tayangan Menarik

Terima kasih kerana melayari WebTV Bomba Channel. Kami menyediakan info dan maklumat yang sahih kepada anda. Jika ada sebarang kemusykilan anda boleh berhubung dengan webmaster@bombachannel.com Copyright © 2021 by Bomba Channel Team

Statistik Jangkita Virus Corona Hari Ini

Sila patuhi SOP dan Dapatkan jangan lupa daftarkan diri anda untuk mendapatkan vaksin.