Connect with us

PAGOH, 05 JANUARI 2022 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh menerima panggilan kecemasan banjir melalui talian terus ke balai pada 05 Januari 2022, jam 1 8:1 9:00, beralamat di Kampung Semasih Pagoh, Johor. Satu (1 ) jentera LFRT, Satu (1 ) Lori, Satu (1 ) Utiliti 4×4 dan sebuah Bot dari BBP Pagoh dengan kekuatan keseluruhan seramai sembilan (9) orang anggota telah dihantar ke tempat kejadian. Komander Operasi diketuai oleh Penolong Penguasa Bomba Mohd Fadli Bin Ismail.
Menurut komander operasi, setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian, didapati benar berlaku banjir di kawasan tersebut akibat hujan lebat. Terdapat 2 keluarga terdiri daripada 7 orang mangsa terkandas di kawasan tersebut. PKO bertindak menyelamatkan mangsa dan membawa mangsa ke Pusat Pemindahan Sementara IKTBN Pagoh.
Bilangan keluarga: 1 keluarga
Mangsa Selamat :
-1 Lelaki Warga Emas
-2 Lelaki Dewasa
-2 perempuan Dewasa
-1 Kanak-kanak Lelaki
-1 kanak-kanak perempuan
-1 bayi perempuan
Operasi ditamatkan pada 05 JANUARI 2022 jam lebih kurang 1 9:27:00.

Continue Reading

Tayangan Menarik

Terima kasih kerana melayari WebTV Bomba Channel. Kami menyediakan info dan maklumat yang sahih kepada anda. Jika ada sebarang kemusykilan anda boleh berhubung dengan webmaster@bombachannel.com Copyright © 2021 by Bomba Channel Team

Statistik Jangkita Virus Corona Hari Ini

Sila patuhi SOP dan Dapatkan jangan lupa daftarkan diri anda untuk mendapatkan vaksin.