Connect with us

PAGOH,05 JANUARI 2022 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh menerima
panggilan kecemasan banjir melalui talian terus kebalai pada 05 Januari 2022, jam
11:10:00, beralamat di Jejantas SMK Sultan Alauddin Riayat Shah1. Satu(1) jentera LFRT
dari BBP Pagoh, Satu(1) Lori, Satu(1) Utiliti4x4 dan sebuah Bot dengan kekuatan
keseluruhan seramai sembilan (9) orang anggota telah dihantar ketempat kejadian.
Komander Operasi diketuai oleh Penolong Penguasa Bomba Mohd Fadli Bin Ismail.
Menurut komander operasi ,setibanya Pasukan Keluaran Operasi(PKO) dilokasi
kejadian, didapati benar berlaku banjir dikawasan tersebut akibat hujan lebat. Terdapat 3
keluarga terdiri daripada 9 orang mangsa terkandas dikawasan tersebut. PKO bertindak
menyelamatkan mangsa dan membawa mangsa ke Pusat Pemindahan Sementara Mukim
Bukit kepong
Bilangan keluarga: 3 keluarga
Mangsa Selamat:
-1warga emas Wanita
-2perempuan Dewasa
-4Kanak-kanak Lelaki
-2kanak-kana kperempuan
Operasi ditamatkan pada 05 JANUARI 2022 jam lebih kurang 13:15:00.

Continue Reading

Tayangan Menarik

Terima kasih kerana melayari WebTV Bomba Channel. Kami menyediakan info dan maklumat yang sahih kepada anda. Jika ada sebarang kemusykilan anda boleh berhubung dengan webmaster@bombachannel.com Copyright © 2021 by Bomba Channel Team

Statistik Jangkita Virus Corona Hari Ini

Sila patuhi SOP dan Dapatkan jangan lupa daftarkan diri anda untuk mendapatkan vaksin.