Connect with us

KLUANG, 03 JANUARI 2022 – Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima
panggilan kecemasan kebakaran kedai melalui talian MERS999 pada 03 Januari 2022,
jam 1 9:1 9:34, beralamat di GS Trading Company, No.1 8, Jalan Station, Kampung Masjid
Lama, Kluang, Johor. Satu (1 ) jentera FRT, satu (1 ) jentera LFRT dan satu (1 ) jentera
EMRS dari BBP Kluang dengan kekuatan keseluruhan seramai tiga belas (1 3) orang
anggota telah dihantar ke tempat kejadian. Komander Operasi diketuai oleh Penolong
Kanan Penguasa Bomba Mohd Fauzi bin Md Nor.
Menurut komander operasi, setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat
kejadian didapati benar berlaku kebakaran kedai 3 tingkat yang menjual kain jenis struktur
kekal berkeluasan lebih kurang 22 kaki x 70 kaki setiap 1 tingkat. Kebakaran berlaku
dibahagian tingkat bawah kedai tersebut. Kebakaran telah memusnahkan 70% dari
keseluruhan tingkat bawah dan 30% daripada keseluruhan kedai tersebut. PKO bertindak
membuat pemadaman dengan menggunakan 1 aliran 200kaki dan 1 aliran salur bantu
mula air tangki pam jentera sumber air dari pili bomba berhampiran. Kebakaran tidak
melibatkan kehilangan nyawa. Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.
Operasi ditamatkan pada 03 Januari 2022 jam lebih kurang 20:42:00

Continue Reading

Tayangan Menarik

Terima kasih kerana melayari WebTV Bomba Channel. Kami menyediakan info dan maklumat yang sahih kepada anda. Jika ada sebarang kemusykilan anda boleh berhubung dengan webmaster@bombachannel.com Copyright © 2021 by Bomba Channel Team

Statistik Jangkita Virus Corona Hari Ini

Sila patuhi SOP dan Dapatkan jangan lupa daftarkan diri anda untuk mendapatkan vaksin.