Connect with us

3 Januari 2022

YS PKPjB Dato’ Haji Yahaya bin Haji Madis, Pengarah JBPM Negeri Johor telah menyambut ketibaan YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam lawatan pengoperasian banjir di Daerah Segamat. Turut bersama rombongan lawatan tersebut adalah YS Dato’ Nor Hisham bin Mohamad, Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM serta YS PKPjB Nazili bin Hj Mahmood, Pengarah Bahagian Udara JBPM.

Dalam lawatan tersebut, YB Menteri telah diberikan taklimat Pengoperasi Banjir Daerah Segamat oleh PgB Rasidi bin Md Yunos, Ketua Zon 4. Kemudiaannya lawatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kg Pudu bagi menyampaikan sumbangan keperluan makanan serta di Kampung Lubuk Lanjut yang terdapat 7 keluarga yang terkandas di situ. Lawatan diteruskan lagi ke PPS SK Batu Anam untuk menyerahkan sumbangan keperluan makanan kepada semua mangsa yang ditempatkan di situ.

Continue Reading

Tayangan Menarik

Terima kasih kerana melayari WebTV Bomba Channel. Kami menyediakan info dan maklumat yang sahih kepada anda. Jika ada sebarang kemusykilan anda boleh berhubung dengan webmaster@bombachannel.com Copyright © 2021 by Bomba Channel Team

Statistik Jangkita Virus Corona Hari Ini

Sila patuhi SOP dan Dapatkan jangan lupa daftarkan diri anda untuk mendapatkan vaksin.