Connect with us

KEMALANGAN JALAN RAYA DI LEBUHRAYA PASIR GUDANG – TAMAN PERLING
JOHOR BAHRU, 02 JANUARI 2022 – Balai Bomba dan Penyelamat Larkin menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya melalui talian terus ke balai pada 02 Januari 2022 jam 1 6:56:22 beralamat di Lebuhraya Pasir Gudang –Taman Perling, Johor. Satu (1 ) jentera FRT dan Satu (1 ) jentera EMRS dari BBP Larkin dengan kekuatan keseluruhan seramai sepuluh (1 0) orang anggota telah dihantar ke tempat kejadian. Komander Operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Syuhaidy Fazly Bin Yahya.


Menurut komander operasi, Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benarberlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta Toyota Estima dan sebuah kereta Proton Saga. Terdapat 7orang mangsa yang terlibat didalam kemalangan tersebut. PKO bertindak memberikan rawatan awal dan membawa 1wanita dan 1 kanak-kanak lelaki ke Hospital Sultanah Aminah untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Mangsa:
Toyota Estima
1 Lelaki Dewasa – Pemandu – 44 Tahun – Cedera
1 Wanita Dewasa – Penumpang – 43 Tahun – Cedera
1 Kanak-Kanak Perempuan – 1 1 Tahun – Selamat
1 kanak-kanak Lelaki – 9 Tahun – Cedera
1 Kanak-kanak Lelaki – 5 Tahun – Selamat
Proton Saga
1 Lelaki Dewasa – 27 Tahun – Selamat
1 Perempuan Dewasa – 27 Tahun – Selamat
Operasi ditamatkan pada 02 Januari 2021 jam lebih kurang 1 8:1 1 :00

Continue Reading

Tayangan Menarik

Terima kasih kerana melayari WebTV Bomba Channel. Kami menyediakan info dan maklumat yang sahih kepada anda. Jika ada sebarang kemusykilan anda boleh berhubung dengan webmaster@bombachannel.com Copyright © 2021 by Bomba Channel Team

Statistik Jangkita Virus Corona Hari Ini

Sila patuhi SOP dan Dapatkan jangan lupa daftarkan diri anda untuk mendapatkan vaksin.