Connect with us

JOHOR BAHRU, 02 JANUARI 2022 – Balai Bomba dan Penyelamat Larkin menerima
panggilan kecemasan mangsa terperangkap melalui talian terus ke balai pada 02 Januari
2022 jam 1 5:57:00 beralamat di Jalan Layang 3, Taman Perling Johor. Satu (1 ) jentera
LFRT dari BBP Larkin dengan kekuatan keseluruhan seramai lapan (8) orang anggota
telah dihantar ke tempat kejadian. Komander Operasi diketuai oleh Pegawai Bomba
Kanan II Syuhaidy Fazly Bin Yahya.


Menurut komander operasi, Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat
kejadian didapati benar terdapat seorang warga emas lelaki berumur 83 tahun terkunci
dan telah disahkan meninggal dunia lebih kurang dalam seminggu yang lalu. PKO
bertindak membuka pintu menggunakan peralatan khas dan menyerahkan kepada pihak
Polis untuk tindakan lanjut. Setelah memastikan keadaan selamat, jentera dan anggota
bertolak balik ke balai

Continue Reading

Tayangan Menarik

Terima kasih kerana melayari WebTV Bomba Channel. Kami menyediakan info dan maklumat yang sahih kepada anda. Jika ada sebarang kemusykilan anda boleh berhubung dengan webmaster@bombachannel.com Copyright © 2021 by Bomba Channel Team

Statistik Jangkita Virus Corona Hari Ini

Sila patuhi SOP dan Dapatkan jangan lupa daftarkan diri anda untuk mendapatkan vaksin.