Connect with us

SEGAMAT, 01 JANUARI 2022 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru
Segamat menerima panggilan kecemasan mangsa terperangkap banjir melalui talian
terus ke balai pada 01 Januari 2022, jam 05:41 :00, beralamat di Kampung Tengah,
Segamat, Johor. Satu (1 ) jentera FRT, dan satu (1 ) jentera EMRS dari BBP Bandar Baru
Segamat dengan kekuatan keseluruhan seramai sembilan (09) orang anggota telah
dihantar ke tempat kejadian. Komander Operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II
Mahadzir bin Basir.
Menurut komander operasi, Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat
kejadian didapati benar berlaku banjir di kawasan tersebut akibat hujan lebat. Terdapat 1
keluarga terkandas di rumah. PKO bertindak menyelamatkan mangsa dan membawa
mangsa ke Pusat Pemindahan Sementara Jalan Pemuda Segamat.
Mangsa:
-3 Lelaki Dewasa (Selamat)
-1 Perempuan Dewasa (Selamat)
-1 kanak-kanak Lelaki dan 1 Kanak-kanak Perempuan (Selamat)

Continue Reading

Tayangan Menarik

Terima kasih kerana melayari WebTV Bomba Channel. Kami menyediakan info dan maklumat yang sahih kepada anda. Jika ada sebarang kemusykilan anda boleh berhubung dengan webmaster@bombachannel.com Copyright © 2021 by Bomba Channel Team

Statistik Jangkita Virus Corona Hari Ini

Sila patuhi SOP dan Dapatkan jangan lupa daftarkan diri anda untuk mendapatkan vaksin.