PAGOH, 31 DISEMBER 2021 – Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya melalui talian Mers999 pada 31 DISEMBER 2021 , jam 08:27:00, beralamat di KM 1 07, Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan. Satu (1 ) jentera LFRT dari BBP Pagoh dengan kekuatan keseluruhan seramai tujuh (7) orang anggota telah dihantar ke tempat kejadian. Komander Operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Mohd Hafiz bin Mohd Shahid.
Menurut komander operasi, Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan 4 buah kenderaan jenis Lori treler jenis Mitsubishi, Lori Hino 5 tan muatan ais, Lori Hino 3 tan dan Van Urvan membawa muatan peralatan menulis. Terdapat seorang mangsa tersepit dan cedera ringan di Lori treler. Tindakan operasi mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan khas menyelamat kemalangan jalan raya dan memberi rawatan awal kepada semua mangsa yang terlibat
Maklumat mangsa : 1 . Lori Treller – 1 Lelaki Dewasa – 61 Tahun – Cedera ringan dan tersepit 2. Lori Hino 5 tan – 1 Lelaki Dewasa – 54 Tahun – Cedera ringan 3. Lori Hino 3 tan – 1 Lelaki Dewasa – 42 Tahun – Cedera ringan 4. Van Urvan – 1 Lelaki Dewasa – 22 Tahun – Cedera ringan Operasi ditamatkan pada 31 DISEMBER 2021 jam lebih kurang 09:25:00.
*Sebarang makluman boleh menghubungi Ketua Balai BBP Pagoh PPgB Mohd Fadli Bin Ismail (01 9-2520055)*