Connect with us

JOHOR BAHRU, 31 DISEMBER 2021 – Balai Bomba dan Penyelamat Larkin menerima
panggilan kecemasan kemalangan jalan raya melalui talian MERS999 pada 31 Disember
2021 , jam 221 :31 :09 beralamat di Jalan Lingkaran Dalam. Satu (1 ) jentera FRT, satu (1 )
jentera EMRS dari BBP Larkin dengan kekuatan keseluruhan seramai sembilan (9) orang
anggota telah dihantar ke tempat kejadian. Komander Operasi diketuai oleh Pegawai
Bomba Kanan II Haizrul bin Rahmad.


Menurut komander operasi, Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi
kejadian, didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan Proton Exora telah
melanggar pembahagi jalan. Terdapat seorang mangsa tersepit di dalam kenderaan. PKO
bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan stretcher dan Mangsa telah disahkan
meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya. Setelah
memastikan keadaan selamat, PKO lapor balik ke balai.
Mangsa: 1 Lelaki – Meninggal Dunia

Continue Reading

Tayangan Menarik

Terima kasih kerana melayari WebTV Bomba Channel. Kami menyediakan info dan maklumat yang sahih kepada anda. Jika ada sebarang kemusykilan anda boleh berhubung dengan webmaster@bombachannel.com Copyright © 2021 by Bomba Channel Team

Statistik Jangkita Virus Corona Hari Ini

Sila patuhi SOP dan Dapatkan jangan lupa daftarkan diri anda untuk mendapatkan vaksin.