Connect with us

JUMAAT, 31 DISEMBER 2021 –BERHAMPIRAN MASJID USAMAH BIN ZAID,
JALAN 2/27A, WANGSA MAJU, KUALA LUMPUR.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur terima panggilan kecemasan pada jam
16:45pm, seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian. Keluaran
pasukan operasi jentera dari BBP Wangsa Maju bersama sebuah jentera FRT
dan sebuah EMRS dengan kekuatan 8 orang anggota.


Menurut Komander Operasi Kanan PBK II NOR SAIFUL BIN IBRAHIM,
setibanya jentera dilokasi kejadian didapati berlaku kejadian pokok tumbang.
Pokok tumbang yang menghimpap kereta yang berada di jalan berhadapan
masjid susulan hujan dan angin kencang tersebut telah mengakibatkan dua
buah kereta model Honda Civic dan Perodua Myvi rosak dan remuk.

Anggota
Bomba bertindak memotong dan mengalihkan pokok berkenaan dengan
bantuan dari pihak DBKL. Kejadian tersebut tidak melibatkan mangsa . Operasi
tamat sepenuhnya pada jam 18.20pm

Continue Reading

Tayangan Menarik

Terima kasih kerana melayari WebTV Bomba Channel. Kami menyediakan info dan maklumat yang sahih kepada anda. Jika ada sebarang kemusykilan anda boleh berhubung dengan webmaster@bombachannel.com Copyright © 2021 by Bomba Channel Team

Statistik Jangkita Virus Corona Hari Ini

Sila patuhi SOP dan Dapatkan jangan lupa daftarkan diri anda untuk mendapatkan vaksin.