Connect with us

KEMALANGAN JALAN RAYA DI SIMPANG BANGAS, LEBUHRAYA SEGAMAT KUANTAN
SEGAMAT, 31 DISEMBER 2021 – Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima
panggilan kecemasan kemalangan jalan raya melalui talian terus ke balai pada 31
Disember 2021 , jam 1 5:29:03, beralamat di Simpang Bangas, Lebuhraya Segamat
Kuantan. Satu (1 ) jentera jentera FRT dari BBP Segamat dengan kekuatan keseluruhan
seramai enam (6) orang anggota telah dihantar ke tempat kejadian. Komander Operasi
diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Fuad bin Mohamad.


Menurut komander operasi, Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat
kejadian didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibaktan sebuah kenderaan jenis
Perodua Axia telah terbabas dan masuk ke gaung berkedalaman 6 meter. Terdapat
seorang mangsa mengalami kecederaan berada di dalam kenderaan. PKO bertindak
turun ke gaung dan membuat penyelamatan mangsa menggunakan basket strecher untuk
membawa naik mangsa ke kawasan selamat. Mangsa telah dihantar ke hospital
berhampiran bagi menerima rawatan selanjutnya. Setelah memastikan keadaan selamat,
PKO lapor balik ke balai.


Mangsa : 1 Lelaki Cedera
Operasi ditamatkan pada 31 Disember 2021 jam lebih kurang 1 6:1 8:00.
– TAMAT –
*Sebarang makluman boleh menghubungi Ketua Balai Segamat, PPgB Muhammad Hazim
bin Abd Razak, 01 49942275) *

Continue Reading

Tayangan Menarik

Terima kasih kerana melayari WebTV Bomba Channel. Kami menyediakan info dan maklumat yang sahih kepada anda. Jika ada sebarang kemusykilan anda boleh berhubung dengan webmaster@bombachannel.com Copyright © 2021 by Bomba Channel Team

Statistik Jangkita Virus Corona Hari Ini

Sila patuhi SOP dan Dapatkan jangan lupa daftarkan diri anda untuk mendapatkan vaksin.