RENGGAM, 30 DISEMBER 2021 – Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan kebakaran lori melalui talian MERS999 pada 30 Disember 2021, jam 12:10:06, beralamat di Lebuhraya Plus Machap – Renggam. Satu (1) jentera FRT dari BBP Renggam dengan kekuatan keseluruhan seramai lapan (8) orang anggota telah dihantar ke tempat kejadian. Komander Operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Affendi bin Mustafar.
Menurut komander operasi, setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian, didapati benar berlaku kebakaran lori jenis Isuzu akibat kemalangan. Kebakaran telah memusnahkan 50% daripada keseluruhan kenderaan. PKO bertindak memadam kebakaran menggunakan 1 aliran salur bantu mula air daripada pam jentera. Setelah memastikan keadaan selamat, jentera dan anggota bertolak balik ke balai. Kebakaran tidak melibatkan kehilangan nyawa. Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan. Operasi ditamatkan pada 30 DISEMBER 2021 jam lebih kurang jam 13:00:00.
*Sebarang makluman boleh menghubungi Ketua Balai BBP Renggam, PKPgB Mohd Fauzi bin Mohd Nor (013-7601530)