KLUANG, 30 DISEMBER 2021 – BBP Kluang menerima panggilan kecemasan mangsa sesat melalui talian terus ke balai pada 30 Disember 2021, jam 12:30:01 beralamat di Gunung Lambak, Kluang. Satu (1) jentera LFRT dan Satu (1) jentera EMRS dari BBP Kluang dengan kekuatan keseluruhan seramai tujuh (7) orang anggota telah dihantar ke tempat kejadian. Komander Operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Jusoh bin Mohd Saleh.
Menurut komander operasi, setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar 4 orang mangsa tersesat di dalam hutan dan dalam keadaan selamat. PKO bertindak menggunakan tangga jentera untuk mangsa menyeberangi gaung sedalam 30 kaki dan mangsa berjaya diselamatkan. Setelah memastikan keadaan selamat, jentera dan anggota bertolak balik ke balai.
Mangsa: 1. Muhd Hakimi bin Bakar (L) – 23 tahun (Selamat) 2. Nurul Zahidah binti Zamri (P) – 24 tahun (Selamat) 3. Nornatasya Carena binti Ishak (P) – 23 tahun (Selamat) 4. Yazid Harith bin Syarul Anuar (L) – 22 tahun (Selamat) Operasi ditamatkan pada 30 Disember 2021 jam lebih kurang 13:43:00
*Sebarang makluman boleh menghubungi Ketua Balai BBP Kluang, PKPgB Mohd Fauzi Bin Md Nor (013-7601530)