Connect with us

Rabu, 29/12/2021 – YS PPjB Md Hilman bin Abd. Rashid, Pengarah JBPM Terengganu, pada hari ini telah membuat tinjauan ke kawasan berisiko banjir di Kg. Pasir Raja, AMBS yang merupakan tempat yang sentiasa dinaiki air sekiranya hujan berterusan. Pada tinjauan itu, YS Pengarah terlebih dahulu tiba di Dewan Kg. Pasir Raja yang merupakan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sebelum membuat tinjauan ke lokasi penempatan Siren Amaran Banjir di kampung berkenaan. YS Pengarah kemudiannya menziarahi rumah-rumah penduduk kampung yang mempunyai OKU dan juga warga emas yang uzur dimana mereka merupakan keutamaan yang akan diberikan oleh pasukan penyelamat sekiranya operasi nanti. Setelah selesai di Kg. Pasir Raja, YS Pengarah bergerak ke Pos Pasukan Bomba Sukarela Kg. Jongok Batu yang dijadikan Pusat Perancangan Strategik dan Pusat Kawalan Bomba serta YS Pengarah turut menyampaikan PFD kepada PBS Jongok Batu sebagai persediaan menghadapi banjir. Turut hadir dalam tinjauan itu adalah Pen. Pengarah Operasi Negeri, Ketua Zon 2, Ketua Balai BBP Dungun, Ketua Balai BBP AMBS, Ketua Balai BBP Paka dan pegawai Bahagian Operasi Negeri.

Continue Reading

Tayangan Menarik

Terima kasih kerana melayari WebTV Bomba Channel. Kami menyediakan info dan maklumat yang sahih kepada anda. Jika ada sebarang kemusykilan anda boleh berhubung dengan webmaster@bombachannel.com Copyright © 2021 by Bomba Channel Team

Statistik Jangkita Virus Corona Hari Ini

Sila patuhi SOP dan Dapatkan jangan lupa daftarkan diri anda untuk mendapatkan vaksin.