Connect with us

DUNGUN: Bomba mengambil masa hampir setengah jam untuk menyelamatkan seekor kucing berwarna oren yang terperangkap di atas pokok ru setinggi lebih sembilan meter di Kampung Paya Limbong, Paka di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Paka, Mohd. Aidil Khairim Abdul Wahab berkata, kucing betina yang tidak mengalami  kecederaan itu kemudian diserahkan kepada pemiliknya pada pukul 3.40 petang.

Katanya, dalam operasi itu, anggotanya bertindak memanjat pokok berkenaan untuk membawa turun haiwan comel tersebut.

“Kita menerima panggilan daripada pengadu yang kucingnya berada di atas pokok berhampiran kediaman. Difahamkan kucing itu terperangkap hampir tiga jam sebelum disedari pemiliknya,” katanya ketika dihubungi hari ini. – UTUSAN ONLINE

Continue Reading

Tayangan Menarik

Terima kasih kerana melayari WebTV Bomba Channel. Kami menyediakan info dan maklumat yang sahih kepada anda. Jika ada sebarang kemusykilan anda boleh berhubung dengan webmaster@bombachannel.com Copyright © 2021 by Bomba Channel Team

Statistik Jangkita Virus Corona Hari Ini

Sila patuhi SOP dan Dapatkan jangan lupa daftarkan diri anda untuk mendapatkan vaksin.