Connect with us

Berita Penuh : Berita Terkini 26 Julai 2021 Bomba Channel

Rakaman Malaysia Hari Ini di Facebook Bomba Channel

SHAH ALAM – Seorang anggota bomba menjadi ‘bidan terjun’ menyambut kelahiran seorang bayi perempuan dalam Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik dekat sini pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, anggota balai berkenaan, Norsyuhadah Ahmad menyambut kelahiran bayi tersebut sebelum diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

Menceritakan kejadian, katanya, ibu bayi itu, Nyak Siti Nurleena Zulkarnain, 29, bersama suami dalam perjalanan ke Hospital Shah Alam sekitar jam 7 malam selepas berasa sakit untuk melahirkan bayi.

“Dalam perjalanan itu, dia berasa sakit dan air ketuban telah pecah berhampiran BBP Kota Anggerik. Mereka kemudian terus memohon bantuan di balai tersebut.

“Anggota dalam balai kemudian telah menghubungi KKM untuk bantuan. Bagaimanapun, bayi tersebut telah selamat dilahirkan disambut Norsyuhadah,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya, ibu dan bayi berada dalam keadaan selamat.


Artikel Penuh : Sinar Harian

Continue Reading

Tayangan Menarik

Terima kasih kerana melayari WebTV Bomba Channel. Kami menyediakan info dan maklumat yang sahih kepada anda. Jika ada sebarang kemusykilan anda boleh berhubung dengan webmaster@bombachannel.com Copyright © 2021 by Bomba Channel Team

Statistik Jangkita Virus Corona Hari Ini

Sila patuhi SOP dan Dapatkan jangan lupa daftarkan diri anda untuk mendapatkan vaksin.